Tuesday, August 31, 2010

warkah buat u.h

Ke hadapan u.h yang bakal menjadi imamku (insya Allah),
Maaf atas keberanianku mempamerkan warkah ini untuk tatapan semua. Hanya terdetik dalam hati untuk mengirimkan salam perkenalan buatmu yang masih belum kuketahui siapa. Inginku sampaikan salam kesediaanku menjadi kekasih halalmu yang bersama pada waktu kegembiraanmu serta ketika engkau menjalani ujian Allah yang maha getir. Telah kuberusaha menyiapkan diri ini untuk menjadi suri yang terbaik buatmu walau bukan yang paling sempurna. Sebelum itu wahai bakal nahkodaku, kupinta engkau tidak memandang tinggi diriku kerana aku punya banyak kekurangan. Aku tidak mampu menjanjikan tugas seorang isteri yang serba boleh tapi aku berjanji akan berusaha untuk memperbaiki kekuranganku di matamu. Kuharap engkau sudi mendidikku menjadi isteri soleha idamanmu.
Ke hadapan u.h yang bakal melafazkan akad dengan namaku,
Kuberjanji untuk memelihara rasa cinta yang berbaki ini khas untukmu. Maaf kerana cintaku tidak sempurna kerana kekhilafanku cuba mencari dirimu dalam diri insan lain hingga cinta ini telah tercalar. Kuharap engkau sudi menerima kisah silamku dengan hati yang terbuka sebagaimana aku akan menerima sejarah hidupmu dengan rela. Namun percayalah, tidak pernah kubiarkan maruahku turut tercalar. Kehormatan ini tidak pernah kuperdagangkan. Kehormatan ini telah kujanjikan sebagai hadiah penyatuan jiwa antara kita. Kuharap engkau jua begitu.
Ke hadapan u.h yang bakal menjadi pemimpinku,
Ketahuilah aku sudi menerimamu walau siapa dirimu, walau bagaimana rupa parasmu. Aku tidak mengharapkan kesempurnaan dalam dirimu kerana aku juga tidak sempurna. Tidak perlu engkau berwajah kacak yang menjadi kegilaan para wanita, cukup sekadar wajah yang menenangkan jiwaku sehingga tiada rasa jemu walau berdepanmu sepanjang hidupku. Tidak perlu harta dan kesenangan dunia kerana aku sudah merasai semua itu semasa berada dalam jagaan ibu bapaku, cukup sekadar nafkah yang tidak pernah tiada buat aku dan zuriat kita. Tidak perlu berpangkat besar atau daripada keturunan disegani, cukup sebagai seorang pemimpin yang banyak berjihad pada jalan Allah dan datang dari keluarga yang juga memelihara agama kita. Tapi satu yang sangat kuperlu dalam dirimu, jadilah seorang mukmin sejati yang bakal mendorong langkahku ke jalan syurga.

p/s : siapa u.h? baca entri ini.

Saturday, August 28, 2010

Jodoh

Kemarin ada sambutan berbuka puasa di sekolah. Aku tolong sikit2 ja sana. Bukannya aku pandai sangat buat semua pun, jadi tidak payahlah mau berlagak pandai kan..huhu. Ok, tukar topik larr.. Pernahkah setiap kali kamu terfikir pasal seseorang, orang tu terus berada depan kamu? Orang kata, kalau sekali sekala tu hanya kebetulan tapi kalau balik2 maknanya ada jodoh. Betulkah tu? Bila cakap pasal jodoh, terus teringat pasal u.h. Agaknya sempatkah aku jumpa 'u.h'ku? Sekarang aku cuma boleh berdoa, semoga Allah sentiasa memelihara aku dan u.h sehingga kami dapat berjumpa.. Semoga aku dapat detect bahawa insan itulah u.h yang Allah takdirkan menjadi imamku. Semoga dia juga dapat detect bahawa akulah penerima tulang rusuknya bila mana dia melihat aku. Semoga kami sedar aura jodoh yang Allah telah ciptakan dari Luh MahfuzNya. & semoga aku mampu menjadi seperti Siti Khadijah yang menjadi seorang teman hidup yang setia,bijaksana dan istimewa di sisi buah hati kita, Rasulullah..amin. (kata2 seseorang telah mengingatkan aku pada kemuliaan Siti Khadijah..tambah pula, penceramah semalam ada mengaitkannya dalam peristiwa Nuzulul Quran)

* tidak salah mencari yang terbaik dalam hidup ini tapi ingatlah, manusia selalu membuang masa mencari yang sempurna sehingga alpa bahawa apa yang ada sudah mencukupi untuk diri mereka..renungkanlah.

Thursday, August 26, 2010

Nostalgia Luka

Puisi ni atas permintaan seseorang. Dia mau aku post puisi yang bertemakan kemerdekaan. Dude, semoga ini dapat membantu kau dan mereka2 yang di sana..huhu.

Berlaku ketika tanah ini masih muda
terlalu mentah untuk membantah
darah hanyir dan merah
melimpah mewarnai warna tanah
pertelingkahan ganas dan ngeri
menabiri warna kedamaian
yang telah diperolehi
dengan darah-darah suci

Bau perkauman menerawang
mendakap haruman perpaduan
dalam rumpun kekeluargaan
mengorbankan erti keamanan
letupan bunyi senapang
menembusi dinding kerajaan

Bergelimpangan mayat-mayat
kematian yang menyayat
berlumuran darah-darah hangat
akibat peluru-peluru sesat
daripada penembak khianat

Ketika itu api bersemarak
membakar rumah-rumah rakyat
yang tidak berhak
menerima penganiyaan khianat
daripada anti perpaduan
yang inginkan kehancuran

Nostalgia luka ini
harus kita ingati
dan menjadikan kita berhati-hati
agar peristiwa ngeri ini
tidak berulang lagi
mengidam darah tertumpah lagi
atas tanah nusa yang kita cintai..


p/s: puisi ini sudah diubahsuai. aku tidak dapat idea untuk buat yang original punya sebab otak sibuk cerna maklumat untuk test Makro besok.. hehe!

Wednesday, August 25, 2010

u.h?

Sejak akhir2 ni aku asyik terfikir tentang u.h. Ups..terlupa pula yang kamu tidak tahu apa maksud u.h kan..? Kawan2ku pun balik2 tanya siapa u.h tu. Malah ada guru yang tanya aku maksud di sebalik u.h yang aku gunakan. Actually, u.h bukan khusus untuk siapa2 sebab insan itu belum dapat aku pastikan. 'u.h' sebenarnya singkatan untuk 'ujana hati'.. Seorang insan yang insya Allah ingin kudampingi for the rest of my life.. Kenapa ujana instead of kumbang? Ujana tu maksudnya taman. Well, you see..taman ialah tempat bunga berkembang dengan baik. Bunga yang tumbuh dalam taman insya Allah sentiasa wangi dan segar berbanding yang dalam jag tu. Kumbang pula sudah sinonim dengan perkara yang tidak baik. Kumbang menghisap madu daripada bunga, lepas tu tinggalkan begitu sahaja. Sebab tu aku pilih taman berbanding kumbang.Aku harapkan seorang insan yang akan menjagaku sehingga aku tidak berharap untuk mekar dalam taman lain, yang sentiasa ada bila mana aku sendiri tanpa teman lain di sisi, yang aku mahu menjadi simbol bunga ini dan yang menjadi sebahagian daripada diriku,kehidupanku..

Monday, August 23, 2010

ujian

Allah telah berfirman, "AKU tidak akan membebani hambaKU melainkan sesuai dengan kesanggupannya".. Mulia kan hati Pencipta kita? Jadi tidak sepatutnya terbit kata2 "tuhan terlalu kejam kepadaku!".."mengapa aku yang diuji sesukar ini? mengapa bukan orang lain?".. Seharusnya kita redha dengan setiap ujianNYA. Dugaan merupakan salah satu cara Allah membentuk kita menjadi manusia yang lebih tabah. Kita kena bersyukur kerana kita menjadi orang2 yang terpilih untuk menerima ujian Allah. Semakin banyak kita diuji, semakin dekat Allah dengan kita (kalau kita sabar larr). Mudah2an kita tergolong dalam kalangan hamba yang sentiasa bersyukur dan bersabar atas setiap ketentuan Allah..amin.

p/s: Insya Allah, post akan datang (tidak tahu bila) aku akan bagi list apa yang perlu kita lakukan bila menerima ujian. Mungkin sedikit doa untuk dikongsi bersama.

Friday, August 20, 2010

matang

Time buang masa bercerita dengan kawan2 di kelas,isu matang tersentuh. Suddenly teringat kata2 beberapa orang tentang aku. "Saya tidak sangka kamu ni matang dalam usia macam ni. Malah saya rasa, lebih matang daripada saya.", kata seorang guru. "Kakak ni matanglah, banyak yang kakak tahu.", kata seorang junior di sekolah. Hmm..entahlah. Tapi kalau tanya dengan kawan2.. "Pren, tua sudah kau tu. Janganlah perangai macam budak2.", "Ek!Mukamu ja tu macam orang matang. Yang perangai, kalah2 budak darjah.".. Nah, jadi macam mana ni? Aku matang atau tidak? Ok, kalau kamu tanya aku..aku jawab macam ni ja. Aku tidak sematang yang orang fikirkan. Cuma aku suka berbicara mengikut pengalaman dan pengetahuanku yang cuma sedikit. Terutamanya bila bagi nasihat dengan orang. Alhamdulillah, setakat ni masalah yang diujarkan kepadaku ialah masalah2 yang aku pernah alami atau orang2 terdekatku yang alami. Jadi, mudah aku mau bagi nasihat. Tapi, satu yang kuakui..aku agak pandai bermain dengan kata2, itulah nasihatku flowing macam air terjun. Mungkin tidak keterlaluan kalau aku kata boleh menyejukkan sikit hati yang gundah tadi. Kelebihan Allah bagi sama aku.. Alhamdulillah.

Monday, August 16, 2010

Birthday Girl

Its my birthday! Usia menganjak terus..macam besar sudah yang angka. Tapi aku tidak rasa aku cukup matang sematang usiaku. Awet muda kali.. Atau sebenarnya masih cuba bertahan pada usia yang sama tiap kali tarikh ini datang..? Lupakan saja larr.. Bagi aku, i'm still 12..huhu. Why 12? Sebab masa umur inilah aku banyak kenangan yang best2, kenangan budak2 yang terakhir sebelum mencuba jadi dewasa.. Ok, pass! Hari ni aku tidak mengharapkan wish dari sesiapa kecuali ingatan dari family, 3 orang besprenku & mungkin u.h,for this year..who knows.. well, semoga aku semakin dekat kepada pencipta..amin.