Tuesday, October 25, 2011

Kuliah

Salam.. ^^
Apa khabar kalian? Harap semua pun baik2 ja..amin. Aku, alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk terus bernafas..terima kasih Ya Allah. Melalui peluang inilah aku masih mampu meneruskan kegiatan ber'blogging' ni..hehehe. Kali ni aku teringin mengkhabarkan tentang hidupku sebagai seorang PELAJAR a.k.a MAHASISWI. Hadir kuliah, tutorial & buat assignment yg berlambak. =.="
Aku happy dengan hidup aku..mungkin kelihatan agak kelam kabut tapi ini cara aku. Aku suka begini. Aku ada prof2 yg genius & dijamin boleh buat kita rasa macam mendengar buku2 yg boleh berbicara. Tapi tidak dinafikan, ada ketikanya aku terasa sangat tertekan kerana aku tidak tahu apa yg aku belajar di sini. Syukur alhamdulillah aku dikurniakan teman2 yg selalu membantuku, bagi dorongan aku & suka kutuk aku. Don't worry, setiap kutukan & kritikan itu sebenarnya 'mengetuk' & 'mengejutkan' aku dari terus hanyut. Terima kasih semua..
Hidup di universiti memang memenatkan tapi menyeronokkan. Lebih2 lagi kalau esok ialah hari cuti seperti ESOK!!! Hahaha..esok Hari Deepavali!! Selamat bercuti semua..selamat merayakan Pesta Cahaya kepada yg menyambutnya. Jom tidur lewat malam ni!!! XD

p/s : Aku harap kau ialah u.h ... :)Kalau kau benar u.h aku..aku harap kau baca warkah ni.. (#^_^#)

1 comment: